Hi, assalamualaikum.
Hari ini aku nak cerita dekat hampa tentang vacation aku dekat utara pulak. Mula dengan perlis, langkawi, penang, kedah, dan perak. Sebab dah biasa jalan-jalan area timur kan, jadi kali ini kami nak jalan-jalan area utara pulak.
Selasa, 30 Jun 2020.
Malam tu dalam jam 12 malam, kami bergerak keluar dari rumah dan menuju ke perlis. Sebab kami akan ke jeti di kuala perlis untuk ke pulau langkawi. Sampai-sampai je dalam pukul 7 pagi tak silap. Kami akan cari tempat makan untuk makan. Jumpa lah ada satu kedai makan ni, tak ramai orang sebab yelah dah pukul 8 pagi kan, orang dah habis sarapan. Tak ingat nama kedai makan ni tapi the foods were super mouth-watering. Sedap bakhang! Hahaha. Dekat kangar, perlis.
Habis je makan, kami pusing-pusing kawasan negeri perlis ni. Tak ada lah lengang mana sebab musim orang bekerja sekarang kan. Even of the covid19 thingy, people still need to work yelah nak sara diri, sara keluarga lagi. Being under pkp is not that easy for everyone though. Okay next, kami ke Muzium Kota Kayang, Kuala Perlis. Memang tak ada orang sebab weekdays kan. They said weekend ramai lah orang datang ke muzium tu. But on that day, it was just us. Kami je tourist yang ada di situ. Then, kami jalan-jalan lah di kawasan situ. Bagi ikan makan, add more knowledge tentang kota kayang ni.
Dah masuk pukul 12 tengah hari, kami pun bergegas ke jeti. Sebab kami punya ship pukul 1.30 petang. Even during pkp, ramai jugak orang. Duration journey dalam sejam macam tu. Baru lah kami sampai pulau langkawi. Ayah sewa kereta, untuk muatkan kami lima beradik tambah ibu ayah. Next, kami jalan-jalan, pergi beli some snacks and mineral waters before we checked in apartment. It was a nice apartment even it looks old. But nah, it's great to have a place to live for a couple days.
This is the view from our apartment.
It was a long and tiring day. Lepas maghrib, aku tertidur. Dah tak dapat tahan mata and guess what's the time I woke up? 12 a.m., dude. Hahaha itu pun ibu kejut suruh makan burger. Kalau tak, esok pagi bangun, habis terlajak isyak aku. Then, sudah je makan, aku tengok lah kejap dramasangat dekat tv sebab itu je channel yang ada kan while doing some journalling. Hehe.
Rabu, 1 Julai 2020.
Okay next day, kami planned nak pergi naik cable car. Siap-siap je semua, kami pergi breakfast dulu then baru pergi tempat cable car. Ibu ayah at first nak hantar kami je but we insisted them to come with. Jadi, kami naik lah cable car bersama. Hehe.
Then, kami naik skybridge. A little bit gayat but worth the view.
Habis je jalan-jalan, kami pun turun balik and of course lah naik cable car kan. Masa ni dah tengah hari so turun je dah rasa bahang matahari.
Singgah kejap 7E, beli sikit snacks and water. Lepastu cari makan untuk lunch.
Kami singgah dekat kedai makan dekat-dekat dengan kawasan cable car tadi. Nasi Arab Kaki Gunung Cafe. Lagipun tempat ni ayah pernah makan dengan kawan-kawan dia dulu. Sedap jugak. So, aku share dengan ibu makan nasi arab.
Ayah bawak pusing satu langkawi, then shopping some stuffs and chocolates at the most well-known shopping complex in langkawi, Haji Ismail Group. Balik pun dah malam, maghrib. Malam tu, just ayah, haikal, aya and me keluar cari makan. Ibu a little bit tired, and adik-adik yang lain tak nak ikut. So it's only four of us. Kami pun try lah dekat satu restoran ni nampak tak ada orang and seram sikit haha tapi why not try kan? The menu tak banyak so i ordered kuey teow tomyam. Spicy sangattt. Tapi...sedap!
Then, balik apartment. Mandi, having me time a little moment then tidur. Sebab esoknya dah nak balik.
Khamis, 2 Julai 2020.
Next day, kami pergi penang. But before that, we're having lunch at the same place dekat kangar, perlis. Hehehehe dah jadi tempat favourite tu.
Selesai je makan, kami solat sat dekat masjid yang dekat dengan tempat makan. Baru lah kami bergerak ke penang. Kami singgah batu ferringhi sat. Tengok laut.
Dah maghrib, kami checked in hotel. Hotel Royal Penang.
The night view from my room, at Penang.
After that, selesai mandi dan solat, kami pergi keluar makan. Tak sah lah tak maka pasembuq kalau mari penang yedok? The first time aku makan pasembuq masa buat visa dekat penang dulu.
Jumaat, 3 Julai 2020.
Pagi tu mestilah breakfast dekat hotel je kan.
Pukul 12 tengah hari, kami checked out. Then, we went to upside down museum.
Lepastu, kami gerak pergi Bukit Merah, Perak. Tujuan utama ke sana sebab ibu nak jumpa kawan dia yaitu orang utan. Hehehe. Sampai pun dah asar. Selesai je checked in, kami pergi makan. Not too crowded, okay lah. The foods also delicious. So here my ordered. Hehehe.
Habis je makan, pusing-pusing sat area tu.
Malam tu, tak buat apa pun. Plus data aku dah habis. So aku just do some reading and journalling.
Sabtu, 4 Julai 2020.
Hari ini kami pergi jumpa kawan ibu, yeah! So pergi jeti di mana akan bawa kami ke pulau orang utan tersebut. About 10 minutes macam tu. Jadi kami pun berkenalan lah dengan orang utan di situ. Orang utan ni somehow 90% menyerupai manusia di mana yang betina ni dia boleh period macam all the girls out there and sakit senggugut. Tapi, darah period dia akan keluar melalui air kencing saja. Some of knowledge yang best kalau kaji.
Nama-nama depa aku lupa dah.
Then, kami pergi makan sat. So here's my dishes. Nampak sikit tapi kenyang.
After checked out, kami pun pergi kuala sepetang nak makan mee udang. And yeah aku pernah cerita dalam entry sebelum ni yang aku jumpa dengan girlfriend aku who lived in taiping. Alang-alang lalu taiping kan, aku tanya ibu ayah whether boleh tak jumpa dengan kawan. They said "yes" you know how I excited I am that time. Hehehe. Plus today is her birthday.
Then, tak jadi nak pergi kuala sepetang hahaha sebabnya kami still rasa kenyang makan tadi. Jadi we went to ipoh sebab nak makan mee rebus ramli yang mana kami selalu makan dulu time ayah ada outstation dekat ipoh. Rasa dia still sama tapi kuah dia a bit cair. But worth it.
Habis our vacation. Jadi, kami pulang ke rumah terus. Welcome back to keyelll :)
Till then, toodles!
Yours truly,
Rinko ❤️️