Thursday 31 October 2013

Sab&Jed :)

Guess what? Today is Thursday. 

Aku rasa like "wow". Cepatnya masa berlalu. Hm, ingatkan hari ni dah hari Jumaat tahu. Ya, al-maklumlah, aku dah start cuti hari selasa. Hehe. Awal betul cikgu rehatkan kami.

Kalian nak aku cerita tentang apa? Aku memang pakar bab cemni hehe.
Btw, aku nak cerita pasal dua orang kawan yang aku treasure dan saaayang sangat!

First, nama dia sama dengan aku. Nama dia Sabrina. Tapi orang panggil dia Sabrina Razak sebab susah nak beza nanti dalam kelas. She's just like my sister. Matured. Ada satu hari, aku demam tak larat punya, datang jugak sekolah sebab nanti lost. Susah lah kalau skip topik belajar. Plus, nanti dia sorang-sorang pulak sebab jed pun tak datang jugak. Kan kesian dia? Habis saja sekolah, ibu cakap pergi rumah sabrina razak dulu sebab ibu balik lambat. Aku patuh lah, malas nak tunggu sekolah sebab penat dan demam. Lemah saja satu badan ni. Then, jalan kaki sampai lah rumah dia. Dia ada offer naik basikal dengan dia tapi aku tolak. So, aku jalan kaki, dia pun nak sweet jalan kaki sekali. Cewah. Memang tak larat, Allah saja yang tahu. Tapi, aku gagahkan diri. Sampai saja di rumah dia, aku rasa nak pitam pun ada. Tapi, kena lah kuat kan. Habis solat, dia suruh rehat pulak.

Aku tanya, "Ada apa-apa yang boleh kita tolong?" 
Dia jawab, "Awak kan sakit. Tolong pergi rehat"
Aku, "Alah, tak semestinya orang sakit tak boleh tolong."
Dia, "Takpe. Awak rehat lah dulu."

Then, aku pergi ruang tamu. Tolong lah kemas sikit-sikit. Takkan orang sakit, nak kena tidur je kan? Hehe habis kemas, aku baring dekat sofa. Lelap meta. Paling terharu, dia masakkan bubur untuk aku! Ya allah! Nak menangis makan sebab terharu sangat. Dia tambah perencah kasih sayang agaknya sampai berjuraian air mata ni. Huhuhu. In conclusion, I love her for the rest of my life. Hope our friendship will never end. I love you sabrina razak and thanks sebab suka anime jugak hehe. 

Zahidah aka Jed, kawan yang aku suka cari pasal. Haha. Even aku ni "cemni", jeddah still sabar. Kadang-kadang aku bosan jugak kalau jeddah takde. Sebab dia ni kalau cakap dengan kami memang terbaik keke. Baik tapi garang. Haha. Comel. Dia memang kalau bercerita memang gempak haha. Kalau dia takde, kami meamang sunyi la. Huhu. Sometimes, dia akan merajuk. But, just for a while. How can she sulking with me haha. Pandai tapi malas haha xD Time aku nak ajar math tu haa ade la alasannya. Rasa nak luku je. Pipinya sentiasa akan dicubit haha. Sekali kena marah, pasti buat lagi. haha. Yeah aku memang nakal. Birthday dia 17/10 yeah dia adik aku. Adik yang nakal tapi comel sangat. Kalau dia senyum subhanAllah sangat cantik. Jeddah oo jeddah. Kadang-kadang keluar jugak loghat kedah dia bila cakap dengan kami haha. Banyak yang menarik dan misteri tentang jed. She's my forever kawan gaduh-manja. Saayang sangat! Tak gaduh, tak sah sehari. Hahaha. At first, aku kenal depa masa form 2 and depa yang tegur aku dulu. Well, typically. Depa cerita yang depa takut jugak nak tegur aku sebab pendiam sampai jed kata aku bercakap tak dengar suara ya Allah gue malu bangattttt deh. 

Till forever, love.








If you need me, you can tell. I'll be there for you. No matter how difficult it is, I'll always cheer you up. For me, you are my sun, my moon, my star, my besties, my sisters and I love you. You need me and I also need you. That's what a friend are for right?
-Rin