Hi, readers. Lama sangat rasanya aku tinggalkan dunia blogger aku ni disebabkan kekangan masa dan ketiadaan komputer riba bersama aku. Aku ingat lagi di mana blog adalah tempat aku luahkan segala rasa yang tersimpan kemas di hati aku. Blog ini juga lah tempat aku belajar bagaimana nak gunakannya atas bantuan beberapa kawan yang sangat aku sanjungi akan kepintaran dan kepakarannya dalam menggunakan blog. Aku dah ubah sedikit sebanyak aku punya blog ni sebab aku tinggalkannya dalam keadaan yang serabut dan tidak teratur.
Jadi, kepada sesiapa yang pernah membaca setiap inti didalam blog aku ni dia akan tahu dan sedar di mana kurangnya aku selama ini. Jadi aku nak tutup kisah lama yang aku tinggalkan dan akan ku kuburkannya. Sekarang, aku nak mulakan dengan kisah baru. Kisah yang mengubah hidup aku, kisah yang mengubah diri aku yang dahulunya tidak berfikiran terbuka dan merasakan apa yang aku buat semuanya betul instead of mendengar pendapat orang.
Aku khilaf.
Jadi, kawan-kawan. Boleh terima aku seadanya?
Jadi, kawan-kawan. Boleh terima aku seadanya?
2015, banyak sebenarnya yang aku belajar sepanjang aku hidup pada tahun ini. Sejak habis alam persekolahan ni, aku belajar sesuatu yang baru. Kehilangan. Ini semesetinya menjadi topik yang hangat di kalangan remaja. Habis sahaja hidup mereka di alam persekolahan, sudah tentu ada yang pergi dan ada juga yang masih setia dan tinggal bersama mereka. Semuanya mudah diperkatakan namun sukar diterima.
Kehilangan kawan-kawan yang pernah bersama, makan bersama semasa rehat, lepak bersama, borak bersama, cerita pasal tingkah manusia. Semuanya sudah tersimpan rapi sebagai satu memori yang indah. Bahkan ada juga memori yang menyayat hati dan memori yang pahit tapi apalah sangat jika dibandingkan dengan memori yang terindah yang kita bina dahulu bersama-sama? Semua itu tak penting.
Kawan yang aku ada sepanjang aku sekolah, aku simpan. Aku tak pernah lupakan mereka. Aku tak pernah buang mereka daripada hidup aku. Aku simpan kerana aku terlalu mahukan mereka berada bersama aku, aku terlalu gembira setiap kali aku bersama mereka. Ada suka duka yang pernah terjadi dalam tempoh masa yang lama mahupun singkat tapi itu yang mematangkan pemikiran dan menjadikan suatu pengalaman bagi kita semua.
Habis sahaja spm, aku cuma mengharapkan mereka tidak akan menguburkan begitu sahaja memori yang kita pernah bina selama kita berkawan. Selesai sahaja menduduki kertas ujian yang terakhir, hati aku berasa sesak kerana aku tahu, peluang aku jumpa mereka lagi memang tipis. Buktinya, sehingga kini aku masih susah nak kumpulkan semua orang. Tapi, usaha yang berterusan tidak akan sia-sia bukan?
Banyak sungguh memori yang kita bina bersama.
Dari tingkatan dua sampai lah tingkatan lima, aku satu kelas dengan orang yang sama. Sebabnya, kelas aliran agama hanya lah satu dalam sekolah aku tu. Aku kenal mereka, aku kenal hati budi mereka. Tapi, satu-satu orang pergi meninggalkan sejak jejaknya kaki kami ke tingkatan empat. Hanya beberapa ketul orang aje yang tinggal.
Aku teringat lagi betapa aku tidak sukakan budak baru. Bukan aku tak suka apa, aku cuma takut untuk buat kawan. Aku takut jika aku terlalu baik dan berkawan dengan mereka, kelak mereka akan tinggalkan aku. Aku dengar juga yang budak baru masa tu masuk masa tingkatan empat dan mereka sangat takut untuk tegur aku kerana wajahku yang bengis dan tampak sombong. Aku memang tak bertegur dengan budak baru. Sampai mereka yang tegur, mereka yang friendly. Aku okey aje masa tu dan lama-kelamaan aku berkawan dengan mereka, aku jadi selesa. Perasaan takut aku mula timbul sebaik mereka suka berkawan dengan aku. Rasa takut jika ditinggalkan.
Aku cuba pejamkan mata. Fikirkan sebentar adakah semua ini yang terbaik buat aku? Adakah cuba luaskan bulatan aku untuk berkawan adalah yang terbaik? Aku buka kembali mata aku dan kawan-kawan aku berada di hadapan aku, berjalan di sisiku. Aku berasa bersyukur, mereka sama-sama tarik aku bersama. Mereka mahu aku terus berada di samping mereka.
Sungguh, aku sayangkan mereka. Aku takut akan kehilangan salah seorang yang aku gelarnya sahabat. Aku tak mahu benda yang lalu berulang lagi dalam kehidupan aku. Jadi, aku putuskan untuk terus bertanya khabar walau sibuk mana pun aku. Aku mahu terus menjadi kawan mereka. Walau pun hanya untuk seketika. Aku mahu menjadi kawan kepada mereka. Aku mahu mereka katakan bahawa aku adalah kawan mereka.
Aku tidak mahu kehilangan mereka, mereka adalah harta yang terindah yang pernah aku miliki. Mereka mendengar setiap rahsia, rintihan, kegembiraan aku. Mereka tidak menyindir, malah mereka sering memberikan aku semangat untuk terus bangkit dari jatuh tersungkur. Mereka adalah harta yang akan ku simpan rapi dan mustahil bagiku untuk melepaskan kawan sebaik mereka.
Perkenalan kita sungguh bermakan bagiku. Melepaskanmu adalah mustahil. Tetapi jika kau masih mahu pergi, aku lepaskan. Aku mendoakan yang baik-baik untukmu.
Terima kasih atas memorinya, akan ku simpan sampai bila-bila.
Goodluck in the future!
Sayonara!
Terima kasih atas memorinya, akan ku simpan sampai bila-bila.
Goodluck in the future!
Sayonara!
Sayang, sungguh aku sayangkan kalian.
The Kaarians!
Huaaaa Rin maceh 😢 I wanna cry 😣ðŸ˜
ReplyDelete