Sunday, 18 March 2018

Melaka Trip! #part1

Let's start the trip! Ausflug nach Melaka!

Kami sampai Melaka dalam tengah hari. Nak check-in hotel, tapi tak boleh masuk lagi sebab tak siap kemas. So, kami simpan baggages dekat lobi dulu dan kami pergi jalan-jalan dekat Dataran Pahlawan. Sementara, ibu pergi dengan kawan-kawan dia. Oh ye, lupa nak beritahu. Kami sebenarnya datang temankan ibu kursus saja. So, alang-alang tu kami jalan-jalan sekali.


Sampai saja di Dataran Pahlawan dalam pukul 3 lebih, kami pergi makan dekat Bistro kot nama dia. Hahaha tak ingat. At first, adik cakap dia nak makan KFC sebab mengidam tapi macam not worth it lah. Memasing lapar dan craving for nasi. That's why kami singgah sini dulu. Selepas itu, baru adik pergi KFC buat bekalan dekat hotel nanti. Sementara nak tunggu bilik siap, melantak dulu lah.

Dalam pukul 4.20 petang, kami balik ke hotel dan check-in. Dapat lah bilik dan berehat dulu lah. Ibu masih mesyuarat. Kursus ibu dekat hotel sebelah. Kami duduk hotel lain tapi ibu duduk hotel sekali lah. Kursus saja di tempat lain.







Pemandangan dari bilik kami.




Sampai malam, kami cuma duduk di dalam bilik saja. Tak buat apa sampai esok baru mula program.


Khamis, 15 Mac 2018.

Hi, good morning peeps! Sudah tiba masanya kami bergerak sarapan pagi. Hehehe. Pemandangan pada pagi yang cukup indah ini. Nikmatinya! Banyak bangunan... hahaha.



Hai, siapa sudi jadi peneman sarapan saya?
Hahahaha.


Okey, ini lah peneman saya! :p


Habis saja makan. Masuk bilik sekejap, get ready. 
Baru kami gerak jalan-jalan sekitar Bandar Melaka.


Kota A Famosa, Melaka.
Kami jalan-jalan sekitar situ saja.












Habis untuk hari ini. Kita tunggu esok pulak ye.


Jumaat, 16 Mac 2018.

Sarapan dulu ye!


Habis saja sarapan. Dalam tengah hari baru kami keluar. Sebab kami bercadang untuk ke Masjid Selat, Melaka. Mudah untuk adik lelaki solat jumaat. Tengah hari, kami panggil GrabCar untuk ke Masjid Selat. Tambangnya dalam RM10 jugak.

Sampai saja di Masjid Selat, azan berkumandang. 





Air satu ringgit saja.





Usai saja solat Jumaat, kami panggil GrabCar untuk ke AEON, Melaka. Dalam RM10 juga. Kena makan dulu sebab masing-masing tengah lapar. Baru singgah Popular, Watson dan Secret Recipe untuk belikan bekalan untuk ibu nanti.



Selesai shopping, kami balik ke hotel dalam pukul 7 malam juga sampai. Malam makan ini saja.



Sabtu, 17 Mac 2018.

Macam biasa, sarapan dulu yuk!



Habis saja sarapan, kami ke hotel di mana ibu kursus. Ibu kata ada pameran buku. Jadi, kami singgah lah dan sementara tunggu ibu habis kursus sebab hari ini hari terakhir kursus. Tiba-tiba, ayah telefon bagi kejutan. Ayah datang sini dengan bas dan otw ke hotel tempat kami menginap. Ayah sampai saja, kami pergi makan. Habis makan, bawa balik ibu. Jadi, kami balik rumah selepas itu!

Yay, tamat!



No comments:

Post a Comment