Thursday, 2 May 2019

Ibuk Ranti's Birthday Party!

Hi, assalamualaikum.

Hari ni aku nak share pengalaman manis menyambut hari ulang tahun ibuk ranti kesayangan kami. Jadi, hari jadi ibuk jatuh pada hari khamis bersamaan 3 mei 2019. Tapi kami sambut awal sikit since haritu kami free. Malam tu kami berkumpul bincang nak buat macam mana untuk sambut birthday ibuk. Kami just cakap dekat ibuk esok kita picnic. Ibuk pun okayyy. First of all, kami kutip duit dulu 30k setiap orang. 30k = RM9 macam tu lah. 30k x 11 = 330k. So itu budget kami.

Then, kami bahagikan tugas masing-masing untuk esok.

  • Setup tempat - asiah, rin, izza, tihaj, tonah
  • Masak - fina, kak uda, sya, iman
  • Beli barang - atin, kak ani
Okey, selesai je bahagi tugas. Kami hanya menunggu esok untuk surprisekan ibuk ranti. Tema warna pulak kami pilih blackpink. Baju hitam, tudung pink. Settle. Kami tak bagitahu pun ibuk tema ni.

Around pukul 10 pagi kami dah siap-siap. Time ni ibuk masih tak curiga apa-apa. Team beli barang dah pun gerak cari barang-barang untuk setup tempat nanti. Kek semua tu. Majlis tu kami sambut lepas zuhur. Sekarang ni just setup dulu. Debaqqq nohhh. First time nak prank ibuk ni setelah setahun bersama teheee. Oh ye, kami sambut birthday ibuk ni dekat unri, universiti riau. Sebabnya unri ni luas. Masa nak cari tempat tu hm sesat jugak lah sebab tak biasa dengan unri ni hahaha. Plus ramai orang.  Kami dah siap dah setup tempat, belon helium je tak sampai lagi. Dah cuak dah sebab ibuk dah gerak dari rumah. Kami ada orang dalam supaya bagitahu ibuk dekat mana sebelum kami siap semuanya haa. Iman gigih lambatkan ibuk, hahaha. Daebak!

Ni adalah setup tempat kami

Pastuuuu, ta-da! Surprise! Happy birthday, ibuk ranti!~ Terima kasih ibuk untuk segalanya. Sudi layan kerenah kami yang macam-macam perangai. Jasa ibuk tetap kami kenang! Masakan ibuk tetap kami rindu. Kami sayang ibuk ranti ❤️








Habis! Selesai sudah. Dan prank kami menjadi, thanks to all for your great efforts gadis perantau!

- Rin